SYIRIK

Pengertian mengenai Syirik

Syirik ialah menjadikan sekutu bagi Allah dalam melakukan sesuatu perbuatan yang seharusnya perbuatan itu hanya ditujukan kepada Allah saja, seperti menjadikan tuhan-tuhan lain bersama Allah, menyembahnya mengibadahinya, meminta pertolongan kepadanya, mentaatinya, mencintainya atau melakukan perbuatan-perbuatan serupa itu yang tidak boleh dilakukan kecuali kepada yang Hak iaitu Allah pencipta segala sesuatu.

Apabila seseorang telah mati dan matinya dalam keadaan syirik, maka dia tidak akan mendapat keampunan dari Allah walaupun semasa hidupnya dia telah melakukan kebaikan, seperti amal jariah, suka menderma, menolong orang, bersopan santon, suka memberi nasihat kepada masyarakat dan lain-lain lagi. Kerana dosa syirik ini adalah sesuatu kecurangan terhadap Penciptanya iaitu Allah. Orang yang melakukan syirik adalah orang yang mengzhalimi dirinya sendiri. Itulah yang dinamakan syirik akbar iaitu syirik besar. yang kerananya tidak akan diterima segala amal kebaikan manusia, hingga amal perbuatannya menjadi sia-sia. Kerana, syarat utama diterima dan dinilainya amal itu harus diikhlaskan kerana Allah azza wajallah semata-mata.

Allah telah mencipta sekelian langit dan bumi. Allah mencipta segala isi diluar dan didalam alam semesta ini, seperti bulan, bintang, matahari dan lain-lain lagi. Dari itu, tiada sekalian makhluk pun yang berhak menyembah apa-apa yang ada di dalam atau muka bumi atau apa-apa yang ada  di langit. Setiap apa yang Allah cipta adalah mahkluk. Oleh kerana itu, mahkluk tidak boleh menyembah sesama mahkluk.

“Dan sebagian dari tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan jangan (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya kepadaNya saja menyembah.”  (Maksud firman Allah dalam surah Fushilat 37)


Disini lah Allah menguji manusia dan jin. Jenis makluk seperti manusia dan jin sajalah yang mecurangi Allah iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu, seperti beribadat kepada mahkluk ciptaanNya atau seperti apa yang telah disebut tadi. Manusia atau jin yang setia kepada Allah Pencipta sekalian alam, iaitu menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah saja, maka Allah akan ampunkan segala dosanya yang lain kecuali syirik, sekira dikehendakiNya kerana Allah tidak akan terima sekiranya Dia dipersekutukan dengan sesuatu. Itulah kebencian Allah yang paling utama.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (Maksud firman Allah dalam surah An-Nisa 116)

Janji Allah terhadap orang-orang yang melakukan syirik ialah mengharamkan syurga tetapi tempat mereka di neraka. Mereka sama sekali tidak akan dapat bantuan dari sesiapa pun di sana.

    “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun” (Maksud firman Allah dalam surah Al-Maidah 72)

Syirik ada dua macam

Pertama adalah syirik akbar (syirik besar) dan kedua adalah syirik asgar (syirik kecil).
Syirik akbar ialah syirik besar, syirik secara terang-terangan. ini adalah dosa yang paling terbesar diantara dosa dosa besar. Perlakunya tidak akan masuk surga untuk selama-lamanya. Mereka tidak akan diberi peluang untuk memohon keampunan sama sekali di akhirat.
Syirik asgar adalah syirik kecil. syirik ini lebih halus lagi merbahaya. Ia adalah termasuk dosa-dosa besar yang tersembunyi. Perlakunya akan dimasukan ke neraka lantas sekiranya dia tidak sempat bertaubat semasa hayatnya.

1) Syirik Akbar

Ada dua jenis syirik akbar iaitu Dzahirun jali (yang nampak) dan Bathinun Khafi (tersembunyi). Di antara syirik Akbar yang jali ialah peribadatan kepada selain Allah. Dan peribadatan kepada yang dianggap tuhan tuhan di samping Allah. Menyembah tuhan yang berbentuk bulan, bintang, matahari, berhala, batu, binatang (lembu, kera, ular dll.) atau sesama manusia sendiri seperti fir'aun atau raja-raja yang mendakwa dirinya sebagai tuhan sehingga ada sebagian manusia yang mempercayainya sebagai tuhan atau menyembah Ibu bapa mereka sendiri. Begitu juga orang-orang yang menyembah nabi atau wali dan orang-orang alim (Nabi Isa ibnu Mariam atau Budda) yang telah meninggalkan kan dunia walhal semasa hidupnya, mereka tidak pernah menyuruh orang-orang menyembah dirinya. Demikian pula orang-orang yang menyembah makhluk-makhluk gaib seperti jin, setan dan malaikat, yang telah dilakukan oleh berbagai umat